Pages

nuff

mga

Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Projek Final PSMZA masuk Utusan...

Hari ni aku terkejut dan sedikit rasa cumburu apabila terbaca tajuk sebesar ibu jari tangan yang bertulis "PSMZA rangsang ciptaan kreatif"... Apa yang terpampang dimuka akhbar itu, memang aku kenal sangat dengan muka diaorang ni.. X sangka kepalak otak jambulnya bergeliga buleh buat batu cincin daaa...
Projek yang dia orang hasilkan adalah "alat memanjat kelapa".... Yaaa.. 'alat memanjat kelapa' dan ia telah menjuarai dalam pertandingan projek akhir di poli Dungun... Yang aku lebih merasakan cumburu adalah geng-geng ni adalah satu batch ngan aku... Tapi sekarang aku tengah buat latihan Industri pada sem last.

Ni gambornya mereka yang berjaya :-

.
.
.
.
.
.
Dia orang memang bagus.. Tapi aku nak promote jugak projek akhir aku yang lepas..

NI hah...:-

Hahahaha... dah macam robot Transfomer dah.. Ni la projek 'mesin merentasi masa'... Dengan alat ni, kita dapat memperlahankan masa dan mempercepatkan masa.. Benda yang paling top pasal projek aku ni adalah strika yang mengadap tepat kearah pengguna. Cara pengendaliannya mudah sahaja..
Begini caranya :-

1. Panggil seorang sukarelawan atau seorang kawan untuk membantu anda.
2. Hidupkan suis pemanas.
3. Letekkan tangan pembantu anda dibawah strika.
4. Suruh pembantu anda mengucap 'Bismillahirohmanirohim' sebanyak 3x.
5. Apabila stika sudah panas, anda terus tekankan strika panas itu ke tangan pembantu anda selama 1 saat
6. Tangan pembantu anda secara automatik singgah ke pipi anda.
7. Ketika itu lah anda akan merasakan bahawa masa itu cepat dan lambat.

Sekian...
.

Thursday, April 7, 2011

Besi 100 Kg hempap kaki aku..!

Hari ni aku nak cerita pengalam ngeri dalam perjalanan hidup aku sebagai budak praktikal di kilang plastik..
Sebagai budak praktikal.. rutin seharian aku hanyalah membebel bersama rakan2 setugas dan kadangkala pakcik2 dan makcik2 yang sedang buat kerja pon turut join membebel bersama. Antara topik2 yang sering dibebelkan adalah berlatarbelakangkan politik, bola sepak(klate), makanan yang sedap, gaji x naik(klo tau d bos naya aku), dan isu-isu semasa.

Berbalik kepada tajuk yang aku tulis diatas.. sebagai seorang student aku kena lah belajar pasal mesin2 di dalam kilang ni. Menukar mould(acuan) adalah salah satu makanan aku dalam kilang ni bila ada pertukaran produk. Nak dijadikan sejarah hidup aku, mould yang aku hendak tukar ni telah landing dengan selambernya diatas kaki aku semasa menurunkannya menggunakan chain hoist(klo x kenal tanya pakcik google). Punyalah cuak aku masa tu kerana yang driver chain hoist tu memeber aku, tugas aku kawal mould tu supaya tidak bergoyang2 macam pinggul Inuldaratua...Nasib baiklah aku pakai SAFETY BOOT... dialah penyelamat kaki-ku atas keredhaan ALLH S.W.T..


Mengikut gambar diatas mould ni lah yang singgah kat kaki aku.. sekarang kaki aku pulak singgah atas dia..
Kesannya.. bahagian hujung safety aku kemek sedikit(kerana ada besi dalamnya).. Syukur Alhamdulillah.
Lepas tu aku trauma terus nak dekat dengan mould ni..

Note : Berhati-hatilah semasa menjalankan tugas.. ingatlah orang yang tersayang..

Friday, March 25, 2011

Freemason Di Tanah Melayu...

Ni Cerite lama dah orang duk bising.. tp aku nak bisingkan balik kat cini..
Permulaan sinopsis cerite.. seperti yang kita ketahui.. Fremanson adalah golongan yang ingin menjadikan dunia ini dibawah 1 kepimpinan iaitu dipimpin oleh bos mereka : Al Masih Dajjal.. dimana setiap manusia akan melakukan perkara yang samada kerja, pengilmuan, malah pengagamaan... Mereka biasanya berahlikan golongan yang berpangkat tinggi, mewah, dan artis yang berpengaruh. Ini kerana golongan2 ini memudahkan kerja2 mereka untuk mempengaruhi minda2 manusia kerana melabelkan mereka sebagai contoh dalam masyarakat... Sekarang projek2 mereka ni dah pon berjaya..
Kalau aku nak bebel banyak2 kat cini pon x de pekdahnye klo orang x nak baca.. 


Jadi... jom kita tengok apa yang ada di atas perut tanah Melayu yang disayangi dulu, kini, dan akhirat...:-
Freemason di Malaysia dikatakan telah lama bertapak di tanah Melayu ini.. Tapak permulaannya adalah di Pulau Pinang. Ni gambar upacara pembukaan tapak tample dia-orang :-


Saturday, March 19, 2011

Kantoi layan video mengawan...

Pergh...
Memang binasa klo kantoi ngan benda haram nih.. kne plak ngan orang tua...
hahahaha.... mau di tibainya ngan tandan kelapa..
Tapi klo ade yang join skali tu aku memang tak faham la apa yang penuh dalam kepala otaknya..
Jaman aku sekolah dulu memang banyak la pengalaman dalam dunia video liar nih..
Masing2 berkongsi sumber.. Warghahahahaha.... biasak la budak2 lelaki kan.. mesti ada keliarnya dan kelincahannya...( crite jaman dulu ni woi.. bukan skarang)

Jadi apa yang boleh saya kongsi dengan tajuk posting kali ni...
Korang tengok gambar di bawah ni dan renung2 kan lah...
.
.
.
.
hahahaha.... ni kucing ni pon layan!!!!!!

Friday, March 18, 2011

Kami Juga Stylo.Anda orang malay..TIRULAH kami.

WARGHHHHHH",aku menjerit sesuka hati.........lalu mak aku terkejut.
Kuk!! satu bunyi yang aneh memecah keheningan sunyi di Subuh hari diselangi bunyi kentut yg xsengaja dilepaskn.
Apa dah jadik nie.Kenapa!! KEnapa aku menjerit.Walhal aku ni waras.HahAhahah..Itulah namanya bangang yang inovatif lagi tentatif.
Aku mengusap kepalaku yang licin kebotakan.Perghh..best wuu..kalau pompuan yang usap mesti best uuu..Oppss..xbaik tau.Klau bini kite xpela buat camtu.ArGhHHHHHHH..haa..camtula gua jerit..dan hasilnya kepala gua jadi cam kulit durian lak akibat diberi hadiah istimewa oleh mak gua.

oppsss.....gua terlupa bagitau korang,yang gua ni bukannya orang melayu.Gua sebenarnya omputih beb.
Dan sebagaimana cerita di atas,merujukkan gua ni seorang yang botak..BOTAKK!!!aiseyyyy over plak gua..

So,.apa kena mengena BOTAK dan korang semua..klau korang nak tau,gualah satu-satunya manusia yang mencipta GAYA dan STYLO bagi pengguna yang kebotakan.Korang lihatlah sendiri.

Gambar 1 sebelah kanan:
Penemuan yang tak disangka malam jumaat.Selepas membeli air cincau kat pasar malam Munich City,mak cik penjual itu bagi gua plastik yang gua sendiri jarang menjumpainye.Lalu,gua balik rumah dan terus jek operate plastik itu.Dan hasilnye.....hehehehe ngeeee

Gambar 2 sebelah kiri:
Masa hari gua pegi lastik burung.Gua duduk bawah pokok jek.Ushar burung2.Tiba-tiba...........gua merasakan ada benda yang landing atas kepala otak gua.Cisss..rerupanya Drypers budak hinggap kat kepala gua beb.Lalu,gua snap picture gua.Perghh..Nampak Cool lak gua pekena benda ni..so,smpai hari ini style gua terus ditiru masyarakat yang berkepala botak sprti gua ini.

Aku berpijak di Bumi yang Nyata


Pembuka bicara, penitik noktah.
........gua.Gua seorang manusia.Berkaki dua.Bertangankan tenaga harapan bangsa.Perghhh..
lentok dan menarik ayat gua.Salasilahnya,gua merupakan admin blog yang berwawasan tinggi.Bukannya gua mahu menonjolkan diri gua ini.Namun,.harus diingatkan, admin blog mung-V berikrar akan memberikan sesuatu yang menarik dengan sisipan yang tak menghampehkan anda semua.

Thursday, March 17, 2011

Buat pertama-tama kali....


Tengkorak...! setiap orang menpuyai pemahaman berbeza mengenainya...
Ada yang menyimbolkan sebagai petanda bahaya..
Ada yang menyifatkan hantu, setan dan iblis...
Ada yang mengatakan sejarah..
Ada yang mengatakan simbol keganasan...
Dan ada bermacam-macam lagi...

Semua itu tidak berkait langsung dengan blog ni...
Pasal aku baru je buat blog ni dan x de idea nak tulis sebagai intro..
hehehehe..

nuff