Pages

nuff

mga

Sunday, May 8, 2011

Koleksi Awek Cun Enam Pack

Kalo dapatnya awek macam ni, tercurang siket je mau lembik aku dibelasahnye..(klo betol dapat x pandang dah orang lain rasa nye.. theheee)


Monday, May 2, 2011

Mak Cik Nak Kencing

Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke
Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil.
'alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing.
Adohh... malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam
hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai.
Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency.
'macam mana nak buat ni'
Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu
bas tu berlangsir.
'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan
jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun
angin lah. 'kurang hajar!!!'

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun
naik dalam bas dan menjerit.
'sapa yg #@#@##@% &^ ludah kat luar tadi hahhh !!!!
baik korang mengaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri.
'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.
'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...'
Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.

'Makcik diam!', kata Mamat tu.
'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat tu!!!
*(mak cik dalam hati 'nasib baik aku x cukur semalam')

Sunday, May 1, 2011

Persidangan Bloger Sedunia di Kuala Lumpur bulan depan

KUALA LUMPUR: Satu persidangan bloger sedunia akan diadakan di sini bulan depan yang turut menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan ucaptama.

World Blogger and Social Media Summit 2011 itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari mulai 15 Jun.
Kemunculan Dr Mahathir yang juga seorang penulis blog adalah antara agenda utama yang disusun pada perhimpunan bloger kali kedua diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lalu.
Persidangan kali ini dianjurkan oleh My Events International Sdn Bhd (My Events) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia yang bakal menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial dari seluruh dunia untuk membincangkan perihal internet dan blog.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Shahrul Hameed Dawood berkata, acara itu juga akan menjadi platform kepada penulis blog untuk membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelakkan berlaku kontroversi.

Beliau berkata, perkara itu diberi penekanan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa penulis blog adalah bebas menyuarakan pandangan masing-masing tetapi perlu ada garisan yang mengawal kebebasan itu supaya ia tidak melampaui batas.

"Kita juga akan membantu penulis blog muda dalam mengenal pasti apa yang penting dalam memajukan blog dan menyampaikan idea-idea mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Kita sudah menerima banyak permohonan dari pelbagai negara untuk menyertai perhimpunan kali ini dan kita menjangkakan penulis blog dari hampir seluruh dunia akan hadir," katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes turut diundang untuk menyampaikan ceramah.
--BERNAMA

Wednesday, April 20, 2011

Projek Final PSMZA masuk Utusan...

Hari ni aku terkejut dan sedikit rasa cumburu apabila terbaca tajuk sebesar ibu jari tangan yang bertulis "PSMZA rangsang ciptaan kreatif"... Apa yang terpampang dimuka akhbar itu, memang aku kenal sangat dengan muka diaorang ni.. X sangka kepalak otak jambulnya bergeliga buleh buat batu cincin daaa...
Projek yang dia orang hasilkan adalah "alat memanjat kelapa".... Yaaa.. 'alat memanjat kelapa' dan ia telah menjuarai dalam pertandingan projek akhir di poli Dungun... Yang aku lebih merasakan cumburu adalah geng-geng ni adalah satu batch ngan aku... Tapi sekarang aku tengah buat latihan Industri pada sem last.

Ni gambornya mereka yang berjaya :-

.
.
.
.
.
.
Dia orang memang bagus.. Tapi aku nak promote jugak projek akhir aku yang lepas..

NI hah...:-

Hahahaha... dah macam robot Transfomer dah.. Ni la projek 'mesin merentasi masa'... Dengan alat ni, kita dapat memperlahankan masa dan mempercepatkan masa.. Benda yang paling top pasal projek aku ni adalah strika yang mengadap tepat kearah pengguna. Cara pengendaliannya mudah sahaja..
Begini caranya :-

1. Panggil seorang sukarelawan atau seorang kawan untuk membantu anda.
2. Hidupkan suis pemanas.
3. Letekkan tangan pembantu anda dibawah strika.
4. Suruh pembantu anda mengucap 'Bismillahirohmanirohim' sebanyak 3x.
5. Apabila stika sudah panas, anda terus tekankan strika panas itu ke tangan pembantu anda selama 1 saat
6. Tangan pembantu anda secara automatik singgah ke pipi anda.
7. Ketika itu lah anda akan merasakan bahawa masa itu cepat dan lambat.

Sekian...
.

Friday, April 15, 2011

Apa Ustaz ni kata pasal video Anwar...



Subhanallah... tersentak hati aku bila dengar kata2 ustaz muda ni.. Memperkatakan tentang aib seseorang terutama saudara seagama dan sebangsa seolah-olah memakan darah danging saudara sendiri...

Hal ini bukah sahaja perlu dielakkan tentang masalah video ini.. Malah yang paling penting adalah percakapan seharian kita... Pengaiban seseorang sentiasa terkeluar dari mulut seseorang yang sedang berbicara antara satu samalain tanpa kita sedari... Astarfirullahalazim...

Wahai saudara seagamaku sekalian.. fikir2 kan lah setiap perkataan yang keluar daripada lidah-mu, tapis2 kan lah nahu denguan suara-mu, lembut2 kan lah lidah-mu dengan kata2 yang benar dan ingatkan-lah setiap 1000 manusia yang dihintung diakhirat.. 999 yang berjaya ke neraka.. hanya 1 kekasih ALLAH yang ditarik ke syurga...

Thursday, April 7, 2011

Besi 100 Kg hempap kaki aku..!

Hari ni aku nak cerita pengalam ngeri dalam perjalanan hidup aku sebagai budak praktikal di kilang plastik..
Sebagai budak praktikal.. rutin seharian aku hanyalah membebel bersama rakan2 setugas dan kadangkala pakcik2 dan makcik2 yang sedang buat kerja pon turut join membebel bersama. Antara topik2 yang sering dibebelkan adalah berlatarbelakangkan politik, bola sepak(klate), makanan yang sedap, gaji x naik(klo tau d bos naya aku), dan isu-isu semasa.

Berbalik kepada tajuk yang aku tulis diatas.. sebagai seorang student aku kena lah belajar pasal mesin2 di dalam kilang ni. Menukar mould(acuan) adalah salah satu makanan aku dalam kilang ni bila ada pertukaran produk. Nak dijadikan sejarah hidup aku, mould yang aku hendak tukar ni telah landing dengan selambernya diatas kaki aku semasa menurunkannya menggunakan chain hoist(klo x kenal tanya pakcik google). Punyalah cuak aku masa tu kerana yang driver chain hoist tu memeber aku, tugas aku kawal mould tu supaya tidak bergoyang2 macam pinggul Inuldaratua...Nasib baiklah aku pakai SAFETY BOOT... dialah penyelamat kaki-ku atas keredhaan ALLH S.W.T..


Mengikut gambar diatas mould ni lah yang singgah kat kaki aku.. sekarang kaki aku pulak singgah atas dia..
Kesannya.. bahagian hujung safety aku kemek sedikit(kerana ada besi dalamnya).. Syukur Alhamdulillah.
Lepas tu aku trauma terus nak dekat dengan mould ni..

Note : Berhati-hatilah semasa menjalankan tugas.. ingatlah orang yang tersayang..

Wednesday, April 6, 2011

Mama Lisa yang Auuuu...

Ingat lagi watak Mia Sara dan Lisa Surihani dalam cerite Adamaya...
yeee... watak ibu dan anak ni memang menarik perhatian ramai penggemar telenovela melayu dan pelayan2 jiwa mabuk cinta remaja zaman kini.. (aku pon layan gak cerite ni)..

Nak di cerite kan lagi disini.. watak ibu dan anak ni bukan sahaja berlarutan masa berlakon je..
malah si budak kecik Mia ni tetap panggil Sayang-ku Lisa ni "Mama Lisa"...hehehehe..
kalo x caya dah masuk paper laa...


Amaran : jika anda ternampak bahagian dalaman.. sila tutup cepat2.. hehehehe..

nuff