Pages

nuff

mga

Showing posts with label Breaking News. Show all posts
Showing posts with label Breaking News. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Persidangan Bloger Sedunia di Kuala Lumpur bulan depan

KUALA LUMPUR: Satu persidangan bloger sedunia akan diadakan di sini bulan depan yang turut menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan ucaptama.

World Blogger and Social Media Summit 2011 itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari mulai 15 Jun.
Kemunculan Dr Mahathir yang juga seorang penulis blog adalah antara agenda utama yang disusun pada perhimpunan bloger kali kedua diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lalu.
Persidangan kali ini dianjurkan oleh My Events International Sdn Bhd (My Events) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia yang bakal menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial dari seluruh dunia untuk membincangkan perihal internet dan blog.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Shahrul Hameed Dawood berkata, acara itu juga akan menjadi platform kepada penulis blog untuk membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelakkan berlaku kontroversi.

Beliau berkata, perkara itu diberi penekanan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa penulis blog adalah bebas menyuarakan pandangan masing-masing tetapi perlu ada garisan yang mengawal kebebasan itu supaya ia tidak melampaui batas.

"Kita juga akan membantu penulis blog muda dalam mengenal pasti apa yang penting dalam memajukan blog dan menyampaikan idea-idea mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Kita sudah menerima banyak permohonan dari pelbagai negara untuk menyertai perhimpunan kali ini dan kita menjangkakan penulis blog dari hampir seluruh dunia akan hadir," katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes turut diundang untuk menyampaikan ceramah.
--BERNAMA

Wednesday, April 6, 2011

Mama Lisa yang Auuuu...

Ingat lagi watak Mia Sara dan Lisa Surihani dalam cerite Adamaya...
yeee... watak ibu dan anak ni memang menarik perhatian ramai penggemar telenovela melayu dan pelayan2 jiwa mabuk cinta remaja zaman kini.. (aku pon layan gak cerite ni)..

Nak di cerite kan lagi disini.. watak ibu dan anak ni bukan sahaja berlarutan masa berlakon je..
malah si budak kecik Mia ni tetap panggil Sayang-ku Lisa ni "Mama Lisa"...hehehehe..
kalo x caya dah masuk paper laa...


Amaran : jika anda ternampak bahagian dalaman.. sila tutup cepat2.. hehehehe..

Thursday, March 24, 2011

Cerite gempa - Gempabumi di Myammar tadi.. 24-3-011

WASHINGTON (Reuters) - Dua gempa kuat berkekuatan 7,0 melanda Myanmar timur laut, berhampiran sempadan Thailand dan Laos, US Geological Survey melaporkan pada hari Khamis.

Beliau berkata, gempa melanda saat berasingan jam 20:25, Kamis (1355 GMT) dan berpusat 69 batu sebelah utara Chiang Rai di negara jiran Thailand. Yang pertama sangat dangkal, pada kedalaman 6.2 batu, sedangkan yang kedua adalah lebih pada 142.5 batu.

Ini adalah daerah, jarang penduduknya berbukit paling dikenali sebagai Segitiga Emas, yang merupakan sumber tradisional candu gelap.


Note : Dah nak sampai Malaysia dah tuuu.... 
Sumber : news yahoo

nuff