Pages

nuff

mga

Thursday, April 7, 2011

Besi 100 Kg hempap kaki aku..!

Hari ni aku nak cerita pengalam ngeri dalam perjalanan hidup aku sebagai budak praktikal di kilang plastik..
Sebagai budak praktikal.. rutin seharian aku hanyalah membebel bersama rakan2 setugas dan kadangkala pakcik2 dan makcik2 yang sedang buat kerja pon turut join membebel bersama. Antara topik2 yang sering dibebelkan adalah berlatarbelakangkan politik, bola sepak(klate), makanan yang sedap, gaji x naik(klo tau d bos naya aku), dan isu-isu semasa.

Berbalik kepada tajuk yang aku tulis diatas.. sebagai seorang student aku kena lah belajar pasal mesin2 di dalam kilang ni. Menukar mould(acuan) adalah salah satu makanan aku dalam kilang ni bila ada pertukaran produk. Nak dijadikan sejarah hidup aku, mould yang aku hendak tukar ni telah landing dengan selambernya diatas kaki aku semasa menurunkannya menggunakan chain hoist(klo x kenal tanya pakcik google). Punyalah cuak aku masa tu kerana yang driver chain hoist tu memeber aku, tugas aku kawal mould tu supaya tidak bergoyang2 macam pinggul Inuldaratua...Nasib baiklah aku pakai SAFETY BOOT... dialah penyelamat kaki-ku atas keredhaan ALLH S.W.T..


Mengikut gambar diatas mould ni lah yang singgah kat kaki aku.. sekarang kaki aku pulak singgah atas dia..
Kesannya.. bahagian hujung safety aku kemek sedikit(kerana ada besi dalamnya).. Syukur Alhamdulillah.
Lepas tu aku trauma terus nak dekat dengan mould ni..

Note : Berhati-hatilah semasa menjalankan tugas.. ingatlah orang yang tersayang..

No comments:

Post a Comment

nuff